Khamis, 20 Ogos 2015

RESEPI KERABU MANGGA

RESEPI KERABU MANGGA

Bahan-bahan:
● Mangga muda (2 biji)
● Daun kesum
● Bunga kantan (1 batang)
● Serai (1 batang)
● Kelapa parut goreng tanpa minyak (1 cawan)
● Bawang merah (3 ulas)
● Bawang besar (1 biji)
● Cili merah (1 biji)
● Cili padi (4 biji)
● Udang kering (2 sudu)
● Sos ikan (1 sudu)
● Jus limau nipis (1 sudu)
● Gula (secukup rasa)
● Garam (secukup rasa)

Caranya :
1. Potong mangga muda halus memanjang.

2. Campurkan mangga dengan garam dan air. Gaul sebati dan biar seketika untuk kurangkan rasa masam. Toskan airnya.

3. Hiris nipis bawang merah, bawang besar, cili merah, cili padi, bunga kantan, serai dan daun kesum.

4. Tumbuk serai hingga hancur diikuti dengan udang kering. Masukkan air limau nipis dan tumbuk sebati.

5. Masukkan mangga ke dalam mangkuk, bersama bahan ditumbuk, kelapa parut goreng, bahan dipotong, gula, garam dan sos ikan.

6. Gaul sebati dan hidang.


3 ulasan:

  1. Thanks kasi resipi. Memang suka makan kerabu mangga.

    BalasPadam
  2. suka makan kerabu..pndai order jek...xpndai buat...hiihih... tqtq ada resipi ni..

    ceria2 ke blog Elly.. ;)
    KULIT KUSAM! KELAM! GELAP! HITAM!

    BalasPadam
  3. suka makan kerabu..pndai order jek...xpndai buat...hiihih... tqtq ada resipi ni..

    ceria2 ke blog Elly.. ;)
    KULIT KUSAM! KELAM! GELAP! HITAM!

    BalasPadam

Oyeke? dh baca entri? dh komen? belum? Jom Komen sini.. trimakasih sudi komen, siap follow lg.. baiknya kamu ni...