Sunday, February 10, 2013

BANTUAN LESEN 1 MALAYSIA (BL1M)--untuk makluman aje.. tpulang nk try ke taknak.. =)


Salam.. saja teman nak share benda ni dengan sape2 yang berminat nak amik lesen moto B2 tu.. kalau belum ada lesen, and duit pun x berapa nak ada (almaklumlea lesen moto pun mahal dh sekarang ni kan.. ) so, boleh lea daftar untuk amik test Lesen Memandu ni.. Kome klik jea kat Gambar atas ni.. pastu daftar lea maklumat korang kat situ.. untung lea korang sekarang ni nak amik lesen pun free kan.. ok.. selamat mengambil lesen yea! jawab soklan elok2, bwk moto pun elok2 yea.. ok.. Good Luck! sebelum 2.. apa kata baca dlu apa yg ada tulis kat bawah ni.. untuk maklumat korang je.. okiess.. tataaaa..

BL1M (BANTUAN LESEN 1 MALAYSIA) diilhamkan oleh SHEB (Sekretariat Hal Ehwal Bandar) pada awal tahun 2012 dan telah memulakan program perintisnya pada 6hb April 2012 dan tamat pada 6hb September 2012 di PEKAN , PAHANG bersama KELAB KAWAN.
Dalam program perintis ini, kami mendapati banyak isu-isu berhubung dengan lesen dan berpendapat bahawa ada baiknya jika program ini dapat dilaksanakan di seluruh negara.
Program ini telah diberi pengiktirafan sebagai Program Nasional yang akan dilaksanakan apabila ianya diumumkan oleh YB. Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO MALAYSIA semasa Perhimpunan Agung UMNO 2012.
Kajian SHEB mendapati dalam tempoh 10 tahun lebih 200,000 orang telah didapati bersalah memandu tanpa lesen. Angka ini dalam realiti lebih besar memandangkan masyarakat memandang remeh dalam konteks ini serta kurang kesedaran bahaya menunggang tanpa lesen.

FAKTA BL1M
Hanya untuk Lesen B2 tunggal.
Disasarkan kepada 500 ribu warganegara Malaysia
Terbuka kepada rakyat yg tidak mempunyai sebarang lesen memandu dari umur 17-40
Dijalankan di semua kawasan parlimen seluruh negara.
Peserta akan menjalani kursus yg telah ditetapkan oleh JPJ. Tiada jalan pintas.
Akan berjalan serentak setelah dirasmikan
Berpeluang menduduki ujian berkomputer bahagian 1 sehingga 3 kali

0 comments:

Post a Comment

Oyeke? dh baca entri? dh komen? belum? Jom Komen sini.. trimakasih sudi komen, siap follow lg.. baiknya kamu ni...