Khamis, 6 Ogos 2015

APA ITU G6PD?

Apakah Itu G6PD?

G6PD (Glucose 6 Phosphate Dihydrogenase) adlaah sejenis enzim dalam sel darah merah.
Fungsi G6PD adalah untuk melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan. KekuranganG6PD akan menyebabkan sel darah merah mudah dimusnahkan.
Kemusnahan sel darah merah akan menyebabkan bayi mendapat kuning atau jaundis. Tahapkekuningan yang tinggi boleh menyebabkan kecacatan otak dan pendengaran.
Kekurangan G6PD diwarisi melalui faktor genetik dan sering melibatkan kanak-kanak lelaki.
Selepas bersalin, sampel darah daripada tali pusat bayi akan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan saringan enzim G6PD.

Sekiranya Anak Anda Didapati Kekurangan G6PD:

1- Anak anda dikehendaki tinggal di wad sekurang-kurangnya sehingga berumur 5 hari untuk pemerhatian.
2- Pemerhatian ini perlu kerana dalam masa 5 hari selepas lahir, bayi anda mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kekuningan yang serius dengan serta merta dan perlu dirawat dengan segera.
3- Bayi anda akan dibenarkan pulang setelah dipastikan tiada sebarang masalah lain.
4- Bayi anda juga akan diberi temujanji di Klinik Pediatrik dalam masa 3 ke 4 bulan selepas discaj untuk mengulangi pemeriksaan saringan enzim G6PD dan meastikan kesihatan bayi anda adalah baik.

Apakah Yang Perlu Dilakukan Apabila Anak Anda Kekurangan G6PD?

Elakkan anda anda daripada bahan-bahan yang boleh merangsang kemusnahan sel darah merah. Bahan-bahan tersebut termasuk:
  • Kacang Parang / Pava Beans
  • Ubat-ubat tradisional seperti jamu dan ubat-ubat senseh seperti Chuen Lin dan San Chi. Ubat-ubat tertentu tidak boleh diambil tanpa arahan doktor.
  • Ubat gegat (biasa diletak dalam almari untuk menghalau lipas, semut)
  • Penyembur serangga dan lingkaran nyamuk yang mengandungi ‘pyrethium’
 (sekadar gambar hiasan)
  • sesetengah ubat preskripsi seperti tersenarai di bawah
  • Ibu-ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan juga perlu mengelakkan bahan-bahan tersenarai di atas. Ubat demam, selesema dan batuk adalah selamat dan boleh diambil mengikut dos yang ditetapkan oleh doktor.
Sila beritahu doktor anda bahawa anak anda kekurang G6PD setiap kali mendapat rawatan. Bawa senarai ubat yang tidak boleh diambil dan tunjukkan kepada doktor yang merawat anak anda.

Senarai Ubat-ubatan yang perlu dielakkan:

Acetanilide
Furazolidone
Nalidixic Acid
Nitrofurantoin
Primaquine
Sulfamethaxazole
Doxorubicin
Methylene Blue
Niridaxole
Cotrimoxazole
(Bactrim)

Senarai Ubat Yang Perlu Digunakan Dengan Berhati-hati Mengikut Dos Yang Ditetapkan Oleh Doktor:

Paracetamol
Ascorboc Acid
Aspirin
#Choramphenicol
Chloroquine
Colchicine
Dipenhydramin
Isoniazid
Phenacetin
Tripelennamine
Mefloquine
Phenylbutazone
Phenytoin
Probenecid
Procainamide
Pyrimethamine
Quinidine
Streptomycin
Sulfisoxazole
Trimethoprim
Vitamin K
Rujukan: Paediatric Protocol For Malaysian Hospitals, Ministry Of Health, Malaysia 2005.

Tanda-tanda Termakan Bahan Tersebut:

  • Kekuningan pada kulit atau mata (jaundis) dengan serta-merta
  • Air kencing berdarah atau berwarna air teh pekat
  • Tidak bermaya
  • Pucat
  • Demam
  • Sesak nafas
Sila jumpa doktor dengan segera sekiranya ini berlaku!!
Bolehkah Seseorang  Yang Kekurangan G6PD Hidup Secara Normal?
Seseorang yang kekurangan G6PD boleh hidup secara normal tetapi mesti mengelakkan makanan dan ubatan yang tersenarai.
Kekurangan G6PD ini adalah sepanjang hayat. Ia bukan penyakit berjangkit.
Apabila anak anda dewasa, anda perlu mendidik mereka tentang status kekurang G6PD mereka dan bahan-bahan yang perlu dielakkan.


CREDIT TO :


0 ulasan:

Catat Ulasan

Oyeke? dh baca entri? dh komen? belum? Jom Komen sini.. trimakasih sudi komen, siap follow lg.. baiknya kamu ni...