Isnin, 25 Mac 2013

--<--@ SILA BACA JIKA ANDA ADA ANAK YANG COMEL (^_^)

Siapa kata mudah untuk mendidik anak?? Bagi mereka yang sudah mempunyai anak, pasti akan fahan apa yang saya sampaikan..Namun, bagi yang belum mempunyai anak, jangan bersedih..Gunakan masa yang anda anda untuk mempelajari sebaik mungkin untuk menjadi ayah & ibu yang baik…
Hari ni, saya ingin kongsikan beberapa cara untuk mengurangkan kemarahan kepada anak-anak kecil kita…Saya tahu, ramai di antara kita yang sering melepaskan kemarahan kepada anak-anak kecil apabila mereka melakukan kesilapan..kadang-kadang hanya kesilapan yang AMAT KECIL!!! Dan perkara ini sering terjadi teruatamanya bila kita berada dalam keadaan tertekan dengan beban kerja di pejabat, keadaan rumah yang bersepah ataupun terlalu penat…!!

Memang tidak mudah untuk mendidik anak..Tambahan pula sikap anak-anak kita yang sukar untuk mendengar kata, kadang-kadang menyebabkan kita cepat naik marah, hilang kesabaran, geram dan sebagainya..Meninggikan suara dan membuat muka bengis adalah cara yang sering menjadi pilihan kita. Tapi, tahukah anda sikap ini boleh menjejaskan perkembangan emosi dan mental anak-anak anda?

Sudah tentu kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita..Dan kita juga tak nak mereka membesar dengan emosi terganggu. Sebagai ibu bapa, kita juga mesti tak nak kan anak-anak kita marah kita bila kita dah tua nanti??Pada waktu itu, jangan salahkan mereka…Kerana semuanya berpunca daripada kita yang mendidik mereka menjadi pemarah!!

Sebenarnya, memori anak-anak kecil sangat kuat. Di waktu kecil nil ah mereka belajar daripada apa yang mereka lihat dan dengar. Mereka juga suka mencuba sesuatu yang baru…Mereka akan membentuk jati diri mereka mulai daripada sekarang..Sebab itulah, orang kata, jika baik didikan ibu dan ayah di rumah, maka baiklah anak itu…Jadi, hari ni saya nak kongsikan dengan semua beberapa cara yang mungkin kita boleh cuba dan amalkan untuk mengurangkan rasa marah kepada anak-anak kecil kita..Saya juga masih dalam proses belajar untuk menjadi ibu yang baik kepada anak saya… 

Jom sama-sama kita baiki kelemahan yang ada…

1- Sebelum memarahi anak, fikir dahulu..renung ke muka anak kesayangan kita..Adakah kita suka jika kita dimarahi oleh ibu kita ataupun orang lain? Sudah tentu tak suka kan?? Cuba bayangkan jika bila anak kita dah besar nnti, mereka pulak yang marah kita.Bagaimana perasaan kita??Dan saya pasti, apa pun kesalahan yang kita buat, dah tentu kita tak suka dimarah dan diherdik bukan??

2- Lebih banyak memberi kesedaran kepada anak daripada memarahi mereka..Ya, saya tahu bukan senang..Tapi kita perlu belajar untuk mengawal amarah..Anak-anak kita dalam proses pembelajaran..Kita perlu membantu mereka..Fikirkanlah cara yang terbaik untuk anak kita daripada asyik memarahi dan mengherdik mereka..Saya yakin, hanya kita tahu apa yang terbaik untuk anak kita…

3- Cuba fahami emosi dan keinginan mereka..Kita melahirkan anak yang mempunyai keinginan dan emosi masing-masing…Dan bukannya robot yang hanya mengikut kehendak kita..Ya, kita sebagai ibu bapa, memang kita berhak..Tapi, sekali lagi…cuba renungkan dalam-dalam muka anak anda..pasti akan berasa sayu….

4- Cuba tanamkan di dalam diri kita sendiri, tunjukkan rasa kasih dan sayang kepada anak melalui suara, mimik muka dan perbuatan. Tunjukkan pada mereka yang kita sayangkan mereka.Biar mereka tahu..Tak ada guna kita simpan perasaan itu!!

5- Kita pun tak suka jika dikutuk di depan orang ramai kan??Jadi, jangan sekali-kali mengutuk atau menjatuhkan maruah anak di hadapan orang lain..Dan elakkan daripada mengeluarkan kata-kata negatif kepada anak kita..Saya yakin, jika kita buat juga, ia akan meninggalkan kesan yang amat dalam di hati anak kita...Percayalah!!

6- Banyakkan membaca Al-Quran dan berdoa kepada Allah supaya lembutkan hati anak-anak kita untuk mendengar kata-kata kita...InsyaAllah, Allah akan mudahkan...

Ingatlah....anak-anak ibarat kain putih..Kita yang mencorakkannya...Jika kita mencorakkannya dan warna-warna yang cantik dan baik..makna baiklah lukisan yang dihasilkan..Tapi, jika kita cuma palitkan dengan air lumpur yang kotor dan busuk, maka busuklah lukisan itu di kemudian hari...Renunglah mata & muka anak-anak kesayangan anda...Sayangi mereka sepenuh jiwa anda...Mereka cuma seorang anak kecil yang perlukan perhatian dan bimbingan anda...Fikir-fikirkanlah...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Oyeke? dh baca entri? dh komen? belum? Jom Komen sini.. trimakasih sudi komen, siap follow lg.. baiknya kamu ni...