Isnin, 25 Mac 2013

"Mandi Bersama" ~ Menambah Keintiman Hubungan Suami Isteri


Amboi-amboi...Baca tajuk pun dah sengih-sengih yer...(^_^)
Teman.nak tanya....Pernahkah anda mandi bersama-sama pasangan anda? Pernah kan? Atau pernah tapi jarang-jarang? Atau pernah masa mula-mula kawin tapi bila anak dah besar, malu la pulak nak mandi bersama? Atau teruknya....tak pernah sekali pun mandi bersama?

"Sudah Berapa Lama Anda Tak Mandi Bersama Pasangan Anda?" Soalan ini adalah pertanyaan dari Datuk Dr Fadzilah Kamsah, pakar motivasi terkenal itu, dalam salah satu ceramah motivasinya. Kata Dr Fadzilah, amalan mandi bersama perlu menjadi amalan setiap pasangan suami isteri, kerana banyak rahsia mandi bersama yang dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Oleh itu bagi pasangan yang belum pernah mandi bersama, mereka patut mencubanya!! Ini kerana mandi bersama dengan saling jirus-menjirus serta gosok-menggosok dan sebagainya adalah amalan yang dapat mengukuhkan lagi rasa cinta dan rasa hormat suami isteri. Seperti kata Dr Fadzilah, amalan ini bukan petua yang berunsur lucah, atau petua yang datang dari orang zaman dulu, tapi ia sebenarnya amalan Rasulullah SAW sendiri.

Terkejut? Jangan terkejut jika Rasulullah juga mandi bersama isterinya:

"Daripada Aisyah R.Ha berkata : Aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)" (Hadis riwayat Bukhari: 253)

Hadis ini menunjukkan bagaimana indah dan romantiknya Rasulullah SAW dengan isteri-isterinya. Gambaran romantik ini, dirakamkan sendiri oleh Aisyah yang bercerita bagaimana Baginda SAW boleh mandi bersama-sama sehingga tangan mereka berselisih dan bersentuh ketika mandi.

Dalam hadis riwayat Imam Muslim pula ada dinyatakan:

"Aku (Aishah) selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub." (Hadis riwayat Muslim: 482)

Nabi dan isterinya bukan saja mandi bersama, malah ketika mandi Nabi dengan begitu romantik membelai-belai rambut isterinya. Seperti pengakuan Aisyah yang mandi bersama Nabi yang bercerita bahawa ketika sedang mandi bersama, Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah (hadis riwayat Muslim : 498).

Sekarang amacam: masih malu untuk mandi bersama suami, bersama isteri? Jika Rasulullah SAW sendiri melakukannya, tentu tersirat seribu macam kelebihan di dalam amalan ini. Jika tidak, tak kan lah pakar motivasi terkenal pun mengesyorkan amalan itu.

Apapun, bagi mereka yang suka bercakap tentang sunnah Nabi, janganlah hanya mandi bersama, beristeri dua, tiga dan empat sahaja dikira sebagai sunnah, manakala amalan lain Nabi termasuk selalu mengerjakan solat sunat dan akhlaknya yang sungguh mulia itu tidak diberi perhatian...


**Jadi, Wonderful Life.my nak menyeru semua pasangan suami isteri di luar sana...Jadikanlah amalan yer...Ingat!!yang dah kahwin je ye...**

0 ulasan:

Catat Ulasan

Oyeke? dh baca entri? dh komen? belum? Jom Komen sini.. trimakasih sudi komen, siap follow lg.. baiknya kamu ni...