Isnin, 25 Mac 2013

KEPENTINGAN SUPPLIMENT UNTUK IBU HAMIL

Pengambilan suplemen prenatal vitamin memang digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil, kelahiran pramatang dan kekurangan berat ketika bayi dilahirkan. Ia juga memberikan kekuatan dan membantu wanita hamil mendapat kesihatan yang baik sepanjang kehamilan.

Ia juga membantu mengurangkan risiko kekurangan nutrisi di kalangan wanita yang mengalami loya, muntah dan tidak mempunyai selera untuk makan di awal kehamilan.

Malangnya, ramai wanita yang hamil tidak mendapatkan bekalan nutrisi yang secukupnya kerana tidak mengetahui bahawa mereka terpaksa berkongsi nutrisi dengan bayi dalam rahem dan sangat memerlukan vitamin dan mineral tambahan.

Antara suplemen yang penting bagi wanita hamil ialah zat besi (iron), kalsium, folic acid dan omega-3. Namun amalan pengambilan suplemen Prenatal Vitamin tidak pula bermakna seorang wanita hamil boleh meninggalkan pemakanan yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak dan air.

**jadi...pesan saya pada kawan-kawan saya yang sedang hamil....pastikan anda mengambil supplement sepanjang anda mengandung...Jangan anggap ini perkara remeh...Dan pastikan supplement yang anda ambil, adalah supplement TANPA PEWARNA, TANPA PERASA DAN SEMULAJADI.....Dan...ambillah vitamin yang SENTIASA SELAMAT, SENTIASA BERKESAN & SENTIASA MESRA ALAM....
Jangan abaikan pesanan ini....Fikirkan untuk kesan jangka masa panjang untuk anak yang anda kandungkan dan juga diri anda sendiri.....Renung2kan.....(^______^)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Oyeke? dh baca entri? dh komen? belum? Jom Komen sini.. trimakasih sudi komen, siap follow lg.. baiknya kamu ni...