Isnin, 25 Mac 2013

KENAPA IBU HAMIL SERING KEJANG KAKI TERUTAMA DI WAKTU MALAM?


Sewaktu mengandung, organ-organ seperti ginjal, jantung dan sistem peredaran darah di dalam badan ibu bekerja sangat kuat termasuklah otot-otot yang menjadi tunjang akibat pertambahan berat badan juga turut menjadi tegang. Jadi, adalah normal bagi ibu hamil jika mengalami kekejangan pada otot-otot kaki yang kepenatan terutamanya bagi ibu-ibu hamil yang telah memasuki trimester ke-2 dan ke-3.

Anda boleh cuba beberapa langkah berikut untuk melihat samada ia berkesan atau tidak:

♥ Senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.

♥ Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.


♥ Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.

♥ Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.

♥ Minum banyak air masak.

♥ Yang paling mudah sekali, amalkan pengambilan Ostermatrix Shaklee (supplement kalsium-magnesium), terutamanya bagi anda yang sukar mendapatkan 1000mg kalsium sehari dalam diet harian anda.


**TIPS MUDAH : Amalkan pengambilan sekurang-kurangnya 2 biji ostematrix Shaklee sebelum tidur, dan sapukan minyak urut panas (saya selalu guna minyak herbanika NR) pada kaki anda sebelum tidur..Boleh mintak tolong suami sapukan...:-) InsyaAllah tidur anda lebih berkualiti dan esok pagi anda pasti bangun lebih ceria...**



0 ulasan:

Catat Ulasan

Oyeke? dh baca entri? dh komen? belum? Jom Komen sini.. trimakasih sudi komen, siap follow lg.. baiknya kamu ni...