Isnin, 25 Mac 2013

♥ INDAHNYA HIDUP DI DALAM RAHIM IBU ♥


Melalui kehidupan di dalam rahim ibu, mungkin tiada siapa yang pernah ingat waktu itu...Namun ada beberapa perkara yang indah yang perlu kita tahu...Jom kita tengok...

1. Sekitar usia 3 bulan, saya mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini adalah untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhan saya.

2. Saya dah boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usia saya 3 bulan, peti suara saya sudah mula terbentuk dan saya sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, saya sudah mula meneroka ruang di sekeliling saya. Saya mula bermain dgn tali pusat saya sendiri, menghisap ibu jari sendiri, berenang-renang, menendang-nendang sekeliling saya dan berpusing-pusing di dalam kantung dalam perut ibu saya. Tetapi, kadang-kadang ada juga ibu yang tak sedar tentang pergerakan saya kerana baru pertama kali saya duduk di dalam perutnya…..

4. Ketika usia saya memasuki 4 bulan, saya akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila saya tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, saya akan mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibu saya dan akan menutup telinga dengan tangan saya sendiri apabila mendengar bunyi yang kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori saya mula terbentuk dan saya dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapa saya dan mula meneroka anggota tubuh badan saya sendiri.

7. Seperti orang dewasa yang lain, saya juga bermimpi seawal usia 7 bulan di dalam perut ibu. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak saya tau...!

8. Apabila otak saya sudah mula terbentuk, saya akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim ibu lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosi saya juga terganggu dan menyekat perkembangan mental saya…Jadi, ibu-ibu yang sedang pregnant, jangan stres2 tau…kesian kawan-kawan saya dalam perut tu….

9. Sebaik sahaja deria rasa saya terbentuk, saya juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibu dan boleh mengerutkan dahi dan memuncungkan mulut saya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja saya lahir, pertama kali saya membuka mata, anak mata saya akan membesar untuk menunjukkan kecomelan saya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu dan bapa saya…Dan saya yakin, uncle & auntie yang lain pun rasa yang sama kan??Comel kan kawan-kawan saya yang lain?? ♥


**Dah habis baca dah...Kalau anda rasa ianya perlu menarik bermanfaat untuk orang lain, silalah klik button SHARE yer...TQ**

0 ulasan:

Catat Ulasan

Oyeke? dh baca entri? dh komen? belum? Jom Komen sini.. trimakasih sudi komen, siap follow lg.. baiknya kamu ni...