Wednesday, March 20, 2013

Che Ta Kena Kritik Sebab Pakai Skirt Pendek

12ebe2ca8c8411e2b1f822000a1f9751_7
Sejak menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga bersama, setiap gerak geri dan tingkah laku Zain Saidin dan Che Ta semakin menjadi bualan hangat di kalangan pihak media dan juga peminat-peminat industri hiburan tempatan.
Terbaru menerusi laman Instagram milik Zain Saidin, pelakon ini telah memuat naik sekeping foto mesranya bersama kekasih hati dan menerusi foto yang dipaparkan, Rozita Che Wan pada ketika itu sedang memakai skirt pendek sehingga menampakkan bahagian pehanya sewaktu duduk berbual bersama Zain di atas sebuah sofa.
Berikutan foto ‘manja’ Che Ta tersebut, pelakon wanita ini telah mendapat kritikan hebat oleh segelintir peminat sehingga ada yang melahirkan rasa malu melihat penampilan Che Ta sebegitu.
Che Ta & Zain
Che Ta 'daring'
Dalam pada itu, ada juga peminat yang menyokong hubungan mesra kedua-dua pelakon ini dan  mendoakan kebahagian mereka berpanjangan hingga ke peringkat seterusnya.
Zain & Rozita Che Wan
Sumber : Instagram Zain Saidin

0 comments:

Post a Comment

Oyeke? dh baca entri? dh komen? belum? Jom Komen sini.. trimakasih sudi komen, siap follow lg.. baiknya kamu ni...