Monday, March 25, 2013

5 PERKARA SIMPLE UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN!!


Saya tau ramai kat luar sana yang beria-ria nak turunkan berat badan kan???Especially yang perempuan kan…? Kadang-kadang saya tengok kawan-kawan saya, badan tak gemuk pun, tapi cakap gemuk…hehe..Biasalah tu…Saya pun tergolong salah sorang orang yang beria sangat nak kurus….Berdiet seboleh mungkin…Kadang-kadang sampai kawan ajak pergi lunck pun tak mau….Tak mau makan lah konon….:-) Tapi sejauh manakah cara diet kita tu betul?? Jom baca kat bawah ni…pastu check yer, betul ke tak cara diet anda!!

1- JANGAN ‘CRASH DIET’
*******************

Crash diet tu ialah diet secara mengejut. Ramai di antara kita yang selalu jek amalkan ‘crash diet’ ni bila nak kurus…Memanglah kalau kita buat ‘crash diet’ ni..berat senang sangat turun..Mana tak turun..Tak makan 2 hari, turun 3kg..Siapa yang tak suka kan??…Padahal anda tak tahu berat anda yang turun tu adalah disebabkan kandungan air (water volume) dalam badan yang semakin berkurang dan bukannya lemak yer yang berkurang tu....Dan..tahukah anda yang ‘crash diet’ ni akan membuatkan metabolisme badan anda semakin berkurang sebab otak anda ingat anda sedang menahan lapar ataupun berhibernasi…hehe…Lepad tu, bila anda dah tak dapat tahan nafsu nak makan, memang sure akan makan lebih banyak..So, badan anda akan store lebih banyak lemak daripada biasanya…So…kena ingat..Jangan “CRASH DIET” k!!!


2- JANGAN SKIP MEAL, JUST REPLACE MEAL
*********************************
Dulu masa zaman dekat U, selalu juga saya dengar kawan-kawan saya cakap…‘Malam ni aku tak nak makan….Aku tengah diet’…Ini adalah salah satu cara yang salah bila berdiet…Sepatutnya kita jangan skip meals…Sebaliknya kita perlu replace meal…Sebaik-baiknya gantikan dinner nasi anda kepada ‘protein shake’ seperti ESP…lebih mengenyangkan dan menyihatkanboleh klik sinihttp://www.facebook.com/photo.php?fbid=186946571420895&set=a.155151421267077.32583.154752761306943&type=1

Jika anda terus skip meal, anda akan rasa lebih lapar di waktu tengah malam…Dan kalau anda dah tak tahan sangat lapar dan tak tahan godaan, anda akan makan lebih banyak di tengah malam…Pastu terus tidur…So, which one is better??Replace meal anda and rasa kenyang….or skip meal anda tapi rasa lapar yang teramat sangat di tengah malam??

3- HAPUSKAN MAKANAN RINGAN DALAM HIDUP ANDA
***************************************
Tak kurang juga ramai di antara kita yang berdiet dengan menggantikan nasi dengan makanan-makanan lain seperti biskut…Namun kita tak tengok kandungan biskut tu macam mana..Tinggi kalori ke, rendah lemak ke..banyak kandungan gula ke…Kadang-kadang kandungan gula dalam biskut sangat tinggi…So, check makanan yang anda ambil yer!!
Dan lagi satu, ramai yang kata, kalau nak kurus, jangan makan nasi…Sepatutnya kena tukar ayat tu… ‘Kalau nak kurus, kena buang jauh-jauh ‘junk food’. Nama je makanan ringan tapi sebenarnya kalori tinggi.

4- GET ACTIVE
************
Satu-satunya benda kat dalam dunia ini yang boleh menyembuhkan apa-apa penyakit ialah exercise ataupun orang melayu kata bersenam. Kebiasaanya, ‘sibuk’ adalah alasan utama yang selalu orang bagi bila tak sempat nak pergi bersenam kan?? Kalau dah tau anda busy, pandai-pandailah cari jalan lain untuk exercise…Cari jalan untuk something yang lebih practical. Contohnya park keta jauh-jauh dan jalan laju-laju. Pilih tangga daripada berebut-rebut nak naik escalator. Ataupun pilih untuk main game yang menari-menari tu… Kan lebih senang….!

5- JANGAN BUAT EXERCISE BERAT KALAU TAK MAMPU, JUST SLOW-JOG/WALK.
**********************************************
Bagi anda yang tak biasa buat exercise yang berat..lebih baik jangan buat…Seeloknya anda perlu buat senaman yang lebih ringan namun konsisten…Tak perlu berjogging sakan sampai berpeluh sakan kalau tak biasa….Kalau anda terlalu memaksa diri, dah pasti anda hanya akan bersenam hangat-hangat tahi ayam jek..Mungkin paling lama anda boleh tahan dalam seminggu….Dan bila anda buat senaman yang berat, yang banyak terbakar adalah glucose dan bukannya lemak… Jadi, apabila glucose semakin berkurang, anda akan rasa lebih lapar daripada biasa…So, akan mendorong anda makan lebih banyak…Jadi, seeloknya, anda buat exercise yang ringan, tak letih sangat tapi konsisten….Contohnya setiap hari berjalan pusing taman sambil tolak stroller anak ke…main kejar-kejar dengan anak sambil main bola ke..Dengan syarat, aktiviti tu anda buat lebih dari sejam…dan konsisten setiap hari…Ini kerana, jika lebih daripada sejam, yang terbakar adelah fat, kiranya metabolism yang berlaku adalah fat metabolism. Dan…dalam masa yang sama, anda akan enjoy dan tak rasa terbeban...:-)


So, lepas ni jangan berdiet dengan cara yang salah yer...:-)

2 comments:

Oyeke? dh baca entri? dh komen? belum? Jom Komen sini.. trimakasih sudi komen, siap follow lg.. baiknya kamu ni...